Islamic Widget

Saturday, September 25, 2010

Telur Pindang Warisan Ibunda

Telur pindang ini telah dimasak dengan menggunakan resipi keluarga dan tidak menggunakan bahan kimia,semuanya bahan-bahan asli seperti kulit bawang, senduduk, dan bahan-bahan asli yang lain. Bahan-bahan asli ini yang membuatkan rasa telur pindang ini disukai ramai kerana rasanya yang sedap dan harum. Tanpa disangka kami telah mendapat tempahan di sekitar kawasan perumahan, saudara mara dan rakan-rakan yang inginkan kelainan dalam menyambut hari paling bahagia puteri-putera tercinta masing-masing di majlis raja sehari.Maklum lah kawen bukan selalu, biarlah makanan warisan melayu kita menghiasi dulang hidangan raja sehari hari ini.Oleh itu terciptalah blog ini


Perkhidmatan utama kami ialah memasak dan menghantar telur pindang yang ditempah oleh para pelanggan bagi memenuhi kehendak mereka.Telur pindang kami bukan sahaja disajikan untuk hidangan,malah pada zaman ini ianya lebih memenuhi tuntutan untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.Diletak dalam bunga pahar,bakul/dulang hantaran,doorgive(cenderahati)
 kapada para jemputan.tidak ketinggalan juga digunakn dlm majlis potpng jambul,majlis kesyukuran dsb.

Saiz telur boleh anda pilih. (A,B @ C) dimana harga bermula sekitar RM0.90 sebiji pada setiap 1000 biji tempahan dan ke atas (untuk telur sahaja). Tempahan perlu dibuat paling lewat sebulan awal dari majlis supaya kami boleh membuat persediaan rapi untuk menjamin kualiti produk.Tetapi jika berlaku jua order disaat-saat akhir, kami perlu berbincang dengan pelanggan tentang harga (harap maklum). Tempoh penghantaran pula, dalam tempoh seminggu sebelum majlis,untuk daerah Melaka sahaja.

Penghantaran PERCUMA untuk daerah Melaka sahaja. Untuk tempahan di luar daerah Melaka, kami akan mengenakan caj penghantaran yang berpatutan.

Berikanlah sesuatu yang unik dan berbeza untuk majlis istimewa anda, disamping mengekalkan warisan ibunda kita agar tidak luput di ingatan. HUBUNGI KAMI SEGERA UNTUK TAWARAN  YANG HEBAT DAN BERBALOI-BALOI!



Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut sila hubungi En Halim,
 H/P Num      : 016-66695742
 Email            : abdhalim5925@yahoo.com
 Alamat Blog  : rempahtradisi.blogspot.com



HARGA : 
RM 1.00 SEBIJI (100 - 900 biji)
RM 0.90 sen  SEBIJI (1000 biji dan ke atas)
*walaubagaimanapun harga boleh dirunding lagi
Cas Penghantaran akan dikenakan bagi tempat diluar kawasan melaka.

No comments: