Islamic Widget

Tuesday, March 8, 2011

updated tempahan

maaf di atas kelewatan untuk mengupdated tempahan terbaru drp kami kerana agak sibuk menguruskan tempahan2 telur pindang di kawasan melaka tengah,muar johor dan sekitarnya.ada beberapa tempahan yang pada ct sekolah december2010 bulum sempat kami updated..

ini untuk tempahan sebanyak 2000 biji telur pindang untuk majlis perkahwinan untuk keluarga en azman di sekitar masjid tanah melaka.ada beberapa gambar yang sempat kami ambil untuk tatapan pembaca yang bermkinat ngan telur warisan ini..

telur yang belum dimasaklagi..



 jumlah telur semuanya 2000 biji.ini yang sempat disnap oleh kami..

seperti biasa rupanya setelah masak coklat keemasan..









permintaan keluarga en azman untuk memasukkan semua telur pindang yang dah ciap ke dalam kotak kecil ini supaya senang diberi pada para tetamu..

untuk tmpahan kali ini kami mengadakan promosi sempena cuti sekolah.sebenarnya en azman meminta hanya 2000biji tetapi kami telah lebihkan sedikit dan tak dikira telur2 yang pecah semasa proses memasaknya..
terima kasih pada keluarga en azman kerana sudi menerima tempahan drp kami sekeluarga..

Sunday, November 28, 2010

Tempahan Untuk Cina Baba

Salam sejahtera,tempahan kali ini adalah sangat unik kerana pembeli adalah berketurunan cina baba melaka..Beliau datang sendiri ke rumah kami untuk merasa dahulu telur ini sebelum membuat tempahan untuk majlisnye nanti.


Kami dengan bebesarhati menjemput EN BONG merasa telur pindang kami.Pada 27hb november 2010 bersamaan hari sabtu beliau telah datang kerumah untuk merasa resipi yang istemewa ini.



EN BONG telah mengupas untuk merasa ramuan istemewa ini.Cuba lihat warna isi telur yg menarik dan rasa yg unik lagi sedap..



Setelah puas hati dengan rasanya EN BONG pun bersetuju membuat tempahan n pihak kami telahpun awal2 menyediakan sebanyak 100 biji telur dan diberi diskaun sempena cuti sekolah iaitu RM 1.00 sebiji..

Inilah tempahan 100 biji telur pindang yang telah siap.Menurut EN BONG kami menawarkan harga yang amat berpatutan.Menutut beliau lagi telur ini ada lah untuk majlis rumah terbuka krismas yang dibuat awal sedikit untuk rakan2 askar berbangsa cina sabah n sarawak kerana akan pulang bercuti lama untuk krismas tahun ini.

Majlis ini diadakan di Kem askar di Terendak Kem Sungai Udang Melaka pada malam 28 nov 2010 ahad.

TERIMA KASIH YANG TERAMAT SANGAT DARIPADA PIHAK KAMI KEPADA EN BONG DAN RAKAN2 SEMUA.sILA NIKMATI HARGA RENDAH DARI KAMI N SILALAH JUGA NIKMATI RESEPITRADISI YANG ENAK DARI KAMI..JEMPUTLAH BELI LAGI DI LAIN HARI..

akan menyusul tempahan untuk majlis perkahwinan sempena cuti sekolah

Saturday, November 20, 2010

Tempahan telur pindang terbaru

Tempahan kali ini adalah untuk irfa di Rumah Pangsa, Taman Merdeka melaka tengah.

Tempahan adalah untuk santapan seisi keluarganya sebanyak 20biji sahaja..Disebabkan 'mengidam telur pindang' n tiada dijual di melaka irfa buka laman blogspot kami n cari di mudah.com untuk telur pindang ini.Dan akhirnya menemukan Rempah Tradisi blogspot sebagai tempat yang menjual telur pindang.Walaupun Minggu ini Keluarga kami sedang bercuti di batu pahat.Jadi kebetulan ada membuat telur pindang juga untuk santapan sendiri sebanyak 30 biji jadi kami lebihkan biji telur untuk 'dijual pada irfa di Taman Merdeka'..

Harga yang diberi ialah RM 1.20 sebiji(sekiranya 500 biji dan ke bawah)..Lupa nak snap picture irfa tapi kami ada snap telurnya..

Bertempat di - Taman Merdeka
Tarikh -
6 November 2010




Telur sebanyak 20 biji diisi ke dalam bakul untuk dihantar ke taman merdeka.Penghantaran percuma di sekitar MELAKA sahaja.

Telur2 yang sedang dimasak untuk tempahan kali ini dengan menggunakan 17 rempah ratus yang bermutu drp kami.



Telur yang telah masak n sedia diambil.Warna kulit yang sangat menarik dan isi yang sangat sedap.
TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA IRFA N WALAUPUN HANYA 20 BIJI,KAMI MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH.SILALAH DATANG LAGI UNTUK MENIKMATI TELUR YANG BERKHASIAT N SEDAP INI..
KEPADA SESIAPA DILUAR INGIN MEMBUAT TEMPAHAN SILA LAYARI BLOG KAMI ATAU DI MUDAH.COM.KAMI SEDIA MENERIMA TEMPAHAN N DAPATKAN HARGA PROMOSI SEMPENA CUTU PERSEKOLAHAN HUJUNG TAHUN INI.CEPAT,CEPAT DAPATKANNYA.


Akan menyusul kemudian adalah tempahan drp pelbagai majlis istemewa samada perkahwinan,pertunangan dll


Friday, November 5, 2010

Update Tempahan Telur Pindang



Coming up next adalah Tempahan untuk perkahwinan Disember 2010
Lokasi tempahan kali ini adalah sekitar melaka untuk tempahan berjumlah 3000biji telur pindang.

Gambar-gambar tempahan akan saya updated selepas majlis berakhir..

Kami masih sedia menerima tempahan telur pindang.Cepat-cepat untuk mendapatkan diskaun yang berpatutan sempena cuti sekolah..

Sunday, September 26, 2010

Tempahan Perkahwinan 2010

Kali nie tempahan pada orang yang serupa cumanya majlis perkahwinan..Majlis perkahwinan kedua mempelai
disajikan dengan tempahan sebanyak 1000 biji telur pindang daripada kami Warisan Ibunda...
Telur pindang dijadikan doorgive untuk para tetamu yang diundang dan dijadikan bunga pahar untuk menepung tawar.

Nie serba sedikit gambar tempahan






 Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada keluarga kedua mempelai.


Lagi tempahan pertunangan

Tempahan yang sama untuk anak yang ke 2...
Tempahan telur pindang sebanyak 200biji untuk doorgift n hantaran pertunangan di dalam bakul rotan.

terima kasih kepada keluarga pn nurul untuk tempahan telur pindang.

Saturday, September 25, 2010

Tempahan Pertunangan

Tempahan untuk hantaran pertunangan.
Tempahan : sebanyak 200 biji
Tempat     : Taman Bukit Rambai Melaka
Agenda     : Pertunangan.


Tempahan ini oleh keluarga nurul untuk anak perempuannya yang ke-3..
Terima kasih kerana telah percaya kepada tempahan ini..