Islamic Widget

Sunday, November 28, 2010

Tempahan Untuk Cina Baba

Salam sejahtera,tempahan kali ini adalah sangat unik kerana pembeli adalah berketurunan cina baba melaka..Beliau datang sendiri ke rumah kami untuk merasa dahulu telur ini sebelum membuat tempahan untuk majlisnye nanti.


Kami dengan bebesarhati menjemput EN BONG merasa telur pindang kami.Pada 27hb november 2010 bersamaan hari sabtu beliau telah datang kerumah untuk merasa resipi yang istemewa ini.



EN BONG telah mengupas untuk merasa ramuan istemewa ini.Cuba lihat warna isi telur yg menarik dan rasa yg unik lagi sedap..



Setelah puas hati dengan rasanya EN BONG pun bersetuju membuat tempahan n pihak kami telahpun awal2 menyediakan sebanyak 100 biji telur dan diberi diskaun sempena cuti sekolah iaitu RM 1.00 sebiji..

Inilah tempahan 100 biji telur pindang yang telah siap.Menurut EN BONG kami menawarkan harga yang amat berpatutan.Menutut beliau lagi telur ini ada lah untuk majlis rumah terbuka krismas yang dibuat awal sedikit untuk rakan2 askar berbangsa cina sabah n sarawak kerana akan pulang bercuti lama untuk krismas tahun ini.

Majlis ini diadakan di Kem askar di Terendak Kem Sungai Udang Melaka pada malam 28 nov 2010 ahad.

TERIMA KASIH YANG TERAMAT SANGAT DARIPADA PIHAK KAMI KEPADA EN BONG DAN RAKAN2 SEMUA.sILA NIKMATI HARGA RENDAH DARI KAMI N SILALAH JUGA NIKMATI RESEPITRADISI YANG ENAK DARI KAMI..JEMPUTLAH BELI LAGI DI LAIN HARI..

akan menyusul tempahan untuk majlis perkahwinan sempena cuti sekolah

1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

salamssss,

nak tanya...mr bong nie tinggal kat taman cheng, melaka ker?
mcm pernah kenal jerk....:)